saya mungkin bukan jenis yang nak mengomel secara direct.oh nampak sesuatu yang tak kena je,terus nak mengomel pumpampumpam.kalau nak bagi opinion atau yang seangkatan dengannya pun,mungkin saya akan cakap sebaris ayat je.sangat tidak sihat,mungkin.
haha.sweet.email mak usrah buat saya senyum solo.entah apa yang saya bebelkan tempoh hari pun saya sudah tak ingat semuanya.kadang-kadang,perasaan itu memang indah diterjemah dengan perkataan kan?
sesuatu cerita atau pelajaran itu akan benar-benar larut dalam hati bila aplikasinya terjadi ke atas diri kita sendiri.seperti seorang manusia yang mendengar deritanya sakit jantung akan benar-benar merasa sakitnya jantung apabila penyakitnya datang.jika sekadar mendengar kemahsyuran ABC Frodo di seksyen 2 tanpa merasanya dengan deria rasa anda sendiri,pasti keghairahan anda untuk ke sana hanyalah suam-suam kuku sahaja,bukan?hehh.
begitulah aturannya.begitulah jua dengan pelajaran yang dipanggil namanya 'tarbiyah'.
waktu sembang-sembang matang dengan seorang adik,kami mencapai konklusi yang sama.kami berdua suka travel untuk ke program.sendirian.haha macho kan?
"saya boleh je kak nak minta tolong parents ambil waktu sampai Seremban nanti.tapi saya lebih suka naik bas sendiri.baru adventure kak.hehee"
"kan?barulah terasa ruh tarbiyahnya kan kan?hehee"
mungkin,sesetengah persepsi akan menganggap ianya sebagai satu kegiatan yang membahayakan diri sendiri.dengan keadaan keselamatan negara yang tidak sepenuhnya selamat.tapi inshaAllah,inshaAllah,segala kemungkinan atau risiko bahaya itu cuba dilimitkan sehabis baik.dan inshaAllah,pegang dalam hati kuat-kuat bahawa Allah sentiasa menjaga kita.aman.satu ayat Kak N petang itu sangat melegakan hati saya.
"keadaan masyarakat kita masih belum aman lagi dengan karat jahiliyah.masyarakat kita belum berada dalam situasi saling berkasih sayang seperti mana masyarakat Madinah dahulu.sebab itu,kita sebagai orang-orang yang telah dipilih Allah perlu untuk keluar menjadi agen perubahan yang diharapkan masyarakat.ke arah membentuk masyarakat yang aman"
"Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,saling berkasih sayang dengan menentang orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang itu bapaknya,anaknya,saudaranya atau keluarganya.mereka itulah orang-orang yang di dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia"
(58:22)
apalah sangat kebimbangan saya ke atas perkara yang belum pasti atau bahaya yang hanya dibisikkan oleh makhluk yang bertenggek di hati jika nak dibandingkan dengan ugutan & kesakitan yang benar-benar dirasai Nabi,para sahabat & pak syeikh pak syeikh yang terdahulu semata-mata untuk menyampaikan Islam kepada kita sehingga ke hari ini.
apalah sangat T________T
hakikatnya,setiap perjalanan kini mengajar saya tentang tarbiyah itu sendiri.seperti cik mak usrah terdahulu yang juga suka terlepas stesen train (senyum dalam hati) perjalanan yang meletakkan kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Dia.perjalanan yang juga menguji kita secara terus tentang apa yang kita belajar waktu daurah.zassss..!
mari buka cerita.petang itu saya merancang untuk ambil bas P jam 5.45 petang supaya mudah untuk puan Emak mengambil di terminal bas nanti.waktu sampai di Kajang sudah jam 3.30 petang.singgah sebentar untuk mengusha rumah Ucu yang katanya ada swimming pool di tingkat bawah.wuhooooo!
"sekarang dah pukul 3.30.bajet masa dalam pukul 5 kita kena gerak dah nak ke shah alam.sempat ke kak nak kejar bas akak ni?'
"ala takpe..inshaAllah,kalau Allah izinkan,jalan lah akak nanti.hehe"
"aah kan kak.letakkan sepenuh kebergantungan dengan Allah"
(dalam hati--> hanya Dia yang Tahu sobsob)
tiba masanya,tettt dah 5.15 petang.sudah naik kereta dan shah alam masih jauhhh lagi.sudahnya,
"takpelah.kita try tengok bas kat Kajang lah"
dan ceritanya,sesat jalan.tak jumpa bayang stesen bas pun.haha
"takpelah Ucu.drop kan akak kat stesen KTM je.akak naik train je lah kot inshaAllah.rasanya ada train pukul 7"
saya pun turun di stesen KTM tersebut.setimpal dengan maksud perkataan rasanya itu,terbuktilah 'rasanya' itu bukanlah suatu fakta.ia hanyalah andaian saya dan tiada tiket train jam 7 petang.semuanya SOLD OUT.sekian.
makanya,saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke shah alam untuk kejar bas seterusnya.Allah telah menyusun bas 9.45 malam lah yang ditakdirkan untuk angkut saya pulang ke Ipoh.
alhamdulillah.masih ada tiket kan?masih ada bas kan?masih mampu lagi bergerak kan?
walaupun kadang-kadang terdetik dalam hati,
"letihnya,panasnya KTM ni,aircond tak function ke,aaaaa kenapa tiket habis..."
etc,etc,etc...
tetapi itulah hakikatnya tarbiyah kan?Allah hanya menguji saya dengan sedikit kudrat & titisan peluh yang tak seberapa.tetapi mereka yang terdahulu diuji dengan nyawa & titisan darah,tetap saja mereka utuh.
"tangan yang mengangkat syahadah,tak akan mungkin tunduk pada taghut" (syed Qutb)
itu yang saya dapat dalam daurah.kata-kata Syed Qutb sebelum beliau dihantar ke tali gantung.saya tidak dihantar ke ambang maut pun.apalah sangat yang saya lakukan untuk menjadi golongan yang mahu menyampaikan deen ini pada generasi seterusnya.malulah saya jika dalam perjalanan itu saya mula berkeluh-kesah,merungut,tidak mensucikan hati.maluuuu.
T______________________________T
tarbiyah itu mengajar kita untuk merealisasikan matlamat hati untuk bebas dari unsur jahiliyah.walaupun berdikit-dikit.walaupun merangkak-rangkak.membentuk unsur diri sendiri dan untuk mempersiapkan unsur tersebut sebelum larut dalam masyarakat.tiadalah gunanya unsur itu untuk larut membawa Islam ke dalam masyarakat andai jahiliyah masih belum ditapis secara maksimum kerana dibimbangi kita hanya akan menjadi unsur yang tidak membawa langsung rasa Islami untuk masyarakat.
terduduk sendiri.mari bersihkan hati setiap waktu.
"ya Allah,semoga kami tidak menjadi golongan yang tertapis dari jalanMu ini"
saya memang kipas susah mati kucing.di rumah saja,sudah ada 10 ekor kucing berdaftar sebagai penghuni tetap & 2/3 ekor sebagai kucing setinggan.Tompok adalah penghuni kucing tertua setakat ini.sudah hampir seminggu Tompok sakit. (tompok adalah seekor ibu kucing kepada banyak ekor anak kucing & anaknya yang survive hanya 2 ekor setakat ini-you-tell-me-what-her age is almost 10 years old perghhh)
sakitnya adalah akibat perangainya yang luar biasa daripada kucing-kucing lain-garang melampau.zasss sekali mata kiri tompok terkena gigitan/cakaran padu kucing mana saya pun tak tahu hingga menyebabkan mata si tompok terkeluar sedikit daripada soketnya (ouchhh bunyi memang ngeri).
pada mulanya saya sangkakan itu hanyalah simptom-simptom biasa sakit mata yang boleh dirawat menggunakan eye-mo.rupanya,nyata & sah lah saya hanyalah seorang pelajar sekolah rendah undang-undang dan tidak berbakat untuk diagnose kesakitan sebenar tompok.
tiga hari lepas sudah ke klinik haiwan setelah sakitnya melarat & mogok tak mahu makan.doktor periksa dan diagnose tompok pregnant lagi (tak tahu nak bagi reaction apa,seriously).doktor sah kan juga bengkak di mata tompok adalah disebabkan adegan WWE (world wrestling entertainment) rancangan untuk kucing sahaja.sepanjang perjalanan balik ke rumah,dia tak mahu lagi duduk dalam kotak.mahu duduk di atas bahu saya.memang ratu.
hari pertama kurung dalam cage.kalau tak,tak tahulah ke mana dia merayap dan tak akan makan ubat.hasilnya--> dia tak mahu makan langsung.stress sebentar memujuk tompok.nak beri makan ubat pun kena buka langkah 40 silat cakar naruto.hehhh.hari kedua dia jerit extra dari hari sebelumnya.pertama kali dalam sejarah saya dengar dia menjerit sekuat itu."meooowwwwwwww!!!!" dengan bingitnya.terduduk 2 saat.dan hari itu saya nekad untuk tidak mengurung dia lagi.rupanya sah kucing pun belajar ilmu psychology.bila sudah tak dikurung,dia makan lah sikit-sikit.tapi masih lagi liat nak makan ubat.cuma kali ini,saya belum lagi menangis sebab si pesakit (haha berlagak duktur) tak nak makan ubat.waktu Bulat (kucing gemuk) sakit sebab gaduh dulu memang emosi.psycho si patient Bulat untuk makan jugak ubat dengan menangis secara lebat di depan dia.dan taktiknya menjadi huahua.
tapi jujurnya waktu si Bulat sakit,saya pun tidak expect Bulat untuk kuat menahan sakit lukanya yang sudah berulat (err jangan muntah) sampai dia sembuh kembali hingga kini.memang di luar jangkaan.lukanya memang serius.ulat dalam luka di kakinya tak usah dikira.atas izin Allah jua lah semuanya kembali pulih.waktu ke klinik,doktor itu siap tanya; kenapa tak biar dia mati je?homai.tak ada komen.waktu itu memang serahkan semua urusan hidup dan mati Bulat pada Dia.saya hanya mampu menyuap susu & ubat untuk Bulat.
mak kata,tompok tak sama macam bulat.tompok kan asalnya kucing liar.jumpa pun waktu dia kecik dulu dekat tepi longkang belakang rumah.muka comel tapi kuku dia pun 'comel' juga.zasss kau dicakarnya.aduh!
tapi hari ni alhamdulillah urusan makan ubat tompok tidak sesukar hari-hari sebelumnya.walaupun kadang-kadang dia main tipu dengan mengeluarkan sedikit ubat yang telah dicairkan itu dari mulutnya.yang penting,dia telan juga 2/3 ubat tu.lega.nasi nya pun habis sebekas.tambah lega.dan dia mula ambil port untuk tidur di sofa mak.oh ini tidak legaaa @.@
minta doanya ya agar tompok kembali riang & aktif seperti sedia kala.kalau Allah mahu ambil dia sekalipun,semoga dia tidak mati di depan mata saya.orang kata,kucing kalau nak mati,dia akan pergi jauh dari tuannya.macam Boboi kucing pertama saya yang hilang & disyaki mati waktu saya mendaftar sebagai pelajar di slim river.
ps: cerita tentang sakit & derita,bayangkan kesakitan yang ditanggung Khabbab yang pernah diheret di atas bara sehingga darah & lemak yang menitis dari kulitnya memadamkan bara tersebut.Allah,mampukah kita punya semangat setebal itu sobsob.
orang-orang tua pernah berpesan,sebelum tidur,cuba kira berapa salah kita dah buat hari ni.kalau banyak,makanya akan jadi susah untuk kita tidur malam itu,mimpi ngeri kalau tidur (haha,er second part tu memang rekaan semata)
the point is --> muhasabah.
lewat masa ini,saya banyak terfikir & berfikir.dan setelah mendengar kata-kata sang murabbi;
'despite all the weakness that we have,Allah still chooses us to be His dua't'
Allahu.sentap seketika.malam itu ada sesi tadabbur surah at-Taubah.ayat ke 100 yang menyebut tentang 'orang-orang yang mengikut' golongan Muhajirin & Ansar.golongan yang Allah redha padanya.golongan yang berbaiah dengan hati & jiwa mereka untuk menjaga Allah & rasulnya.itulah dia manusia osem yang meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah dan membawa Islam sehingga ke hari ini.golongan tapisan tarbiyah Allah.semoga Allah memilih kita.
jalan saya sebelum ke titik ini tak usah dikata.saya rasa lebih banyak hitam daripada putihnya.lebih banyak lopak daripada jalan tar yang rata.lebih banyak pasir daripada simen (eh) lopong.belum dicampur tolak darab dan bahagi dengan unsur jahiliyah lagi (sobsob) saya kira saya manusia paling rendah fizikal & roh nya di sisi Dia.tapi,
'despite all the weakness that we have,Allah still chooses us to be His dua't'
ini pedih.
hakikatnya,hanya Dia yang Maha Tahu siapakah gerangan saya di suatu waktu dulu (ayat kasanova) dan Dia masih lagi mengekalkan kedudukan kita pada hari ini & menutup segala aib kita di masa lalu.dan setiap kita pasti punya kisah yang mahu didelete daripada kamus kehidupan disebabkan kisah itu terlalu tragis atau kita merasakan kisah itu tidak sesuai dengan pembawakan imej kita yang digelar 'dai'e' katanya.kita terlalu mahu menjaga rupa & penampilan di mata manusia.
tapi Allah,Dia lebih dulu menjaganya daripada kita.contoh,saya malu dengan kesan parut luka saya.si M tak tahu pun saya ada parut di kaki.dan Allah tak menggerakkan pun hati si M untuk jadi busybody nak tanya, "eh,awak ada parut tak?"
dan Allah tak menghadirkan pun sesiapa untuk jadi ahli kelab tingkap untuk membawa khabar bahawa sesungguhnya saya punya parut di kaki.sedangkan Dia mampu untuk berbuat apa sahaja pada kita kan?kun fayakuun.
ponder.
Allah tutup segala aib kita.sedangkan Dia boleh saja memilih sebaliknya.
cuma tinggal kita saja untuk menggunakan kesempatan yang ada untuk menzahirkan kesyukuran kita pada Dia untuk berbuat sehabis baik untuk Dia.Dia sudah membuka jalan dengan kelengkapan yang cukup.sudah dijagaNya aib kita dari pandangan manusia.sudah dihadirkanNya wasilah & insan-insan yang membawa ke jalan menuju Dia.lalu apa?harus dibazirin saja peluang percuma?dan memilih jalan sempit ke sorgaNya?berani sungguh?
doa kuat-kuat moga Allah akan selalu pilih kita untuk bawa dakwah ini.semoga segala amal hanya untuk Dia.semoga bebas dari penghargaan manusia.ini bukan masa untuk membina imej diri sendiri untuk punya status 'haha akulah murabbi terbaik'.ini adalah masa untuk membina rijjal yang akan meneruskan perjuangan.tugas berat yang hanya akan dipikul oleh mereka yang benar-benar ikhlas keranaNya.golongan tapisan tarbiyah Allah.
sentap sendiri.dimana kita.
ps: credit utk you know who you are yang telah menelefon selama lebih 2 jam semata-mata untuk memastikan saya tidak tercicir gerabak usrah.sobsob i'm touched (emo)
segala puji hanya bagi Dia,yang mencukupkan segala keperluan & Maha Mendengar permohonan hambaNya.
kadang-kadang,pernah tak kita meminta daripada Dia tapi dalam masa yang sama-sama berasa ragu-ragu,adakah permintaan itu akan dikabulkan Dia?egois sungguh bila merasa kita lah yang menatijahkan sesuatu keputusan itu.kita lah yang menyebabkan hasil keputusan peperiksaan yang cemerlang.semuanya kerana usaha diri sendiri.egois!
Allah,itulah saya di suatu waktu dulu (tunduk malu)
ditakdirkan Dia,sekumpulan anak muda setelah melakukan operasi ziarah-menziarah pensyarah kesayangan mereka di Kuala Lumpur waktu siangnya.setelah itu,memandangkan waktu siang masih berbaki,mereka meneruskan perjalanan cuti-cuti habis exam ke sebuah pasaraya terkemuka.majoritinya bercadang untuk menghabiskan masa di sana dengan menonton wayang.mencari-cari kalau-kalau ada filem tiptop yang baru release.
alamak.seseorang sudah seperti cacing kepanasan yang disalai di atas tar jalan yang memang sedang 'hangit' disiram terik matahari.apa mahu buat,apa mahu buat.dia sudah bertekad,semampu yang mungkin,dia tak mahu lagi menjejakkan kaki ke tempat bernama 'panggung wayang'.kerana baginya,duit dan harta yang kita pegang semuanya adalah amanah daripada Allah.masakan kita mampu membelanjakan harta untuk sesuatu yang minima atau mungkin tiada langsung manfaatnya untuk kita mengingati Dia.Allah,dia tahu dia hanyalah si celapuk lama yang masih lagi bertatih mahu menuju Tuhannya.Allah,dia hanya mahu agar semua mereka dan dirinya diberi kefahaman yang baik untuk menjadi muslim yang benar-benar muslim.
agama bukan hanya saduran di kalimah syahadah.
mendalam.
apa yang mampu dilakukannya waktu itu,seperti selalu dan kebiasaannya.berharap dalam hati dengan setinggi-tinggi harapan dan kali ini ditambah dengan percaya bahawa Dia benar-benar akan mengirimkan 'keajaiban' itu.mereka sudah beratur,sudah memilih filem yang menarik hati.
tuppp.
sesungguhnya tiada suatu pun istilah kebetulan di dalam hidup ini melainkan semuanya adalah dalam aturan & perancangan Dia.
"tiket mahal la,RM 20 lebih.jom kita pergi makan lah.laparnyeeeee"
Allah,Engkau jua lah yang memegang hati mereka.Engkau jua lah yang berkuasa mengatur segala caturan hidup kami.kami ini tidak lain hanya mengadukan kepadaMu betapa lemahnya iman kami untuk sama-sama mengingatkan sesama sendiri tentang erti hidup ini hanyalah semata-mata untuk menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya.
Allah itu sangat dekat dengan kita.memintalah sebanyak-banyaknya pada Dia.dan percayalah sebulat-bulatnya bahawa Dia akan sentiasa membantu kita membawa agamaNya.positif dan letakkan aim kita secara khusus,kata Muna.
inshaAllah.bertatih dan menapak satu-satu itu lebih baik daripada berjalan terus laju lalu tersungkum tak mahu bangkit semula.
"tips akak,akak mewajibkan usrah & daurah diri sendiri.yang lain-lain tu bonus kalau boleh buat.bukan untuk siapa-siapa,untuk Allah,inshaAllah" [quoted]
saya tak tahu apa perancangan Dia untuk saya dalam masa 5 atau 10 tahun ke hadapan.
adakah masih tetap berdiri,lesu atau lebih mengharukan,sudah kembali ke sisi Dia.tak tahu.dan saya tak akan pernah tahu di waktu 10 tahun lalu bahawa Dia akan 'menarik' langkah saya untuk masuk ke simpang jalan ini.jalan yang menemukan saya dengan wajah-wajah suci yang tak lekang dengan senyum dan salam.saya yang suatu ketika dulu,benar-benar di 'lorong gelap'.
pada ketika di awal usia tarbiyah,saya sering mendengarkan kisah mama usrah yang bertukar-tukar usrahnya daripada naqibah ini ke naqibah yang seterusnya.menarik.lalu saya memasang hajat.untuk jadi sepertinya.resam si anak ketam,mengikut rentak jalan si ibu ketam.eh.
(rupa-rupanya agak sakit waktu kita mula-mula sedar,kita sudah bertukar mama.emosi.)
hingga ke suatu saat,Tuhan benar telah membuka jalan itu untuk saya.sedikit demi sedikit.masih ingat lagi,suatu petang di sebuah surau,saya ajukan pertanyaan pada mama usrah pertama saya,
"kita ni baru nak menapak,adik-adik yang muda-muda,dah jauh berjalan"
dia hanya senyum.
setiap kita ada jalannya.setiap kita ada susunan hidupnya masing-masing.susunan yang akan membentuk kita hingga jadilah kita sepertimana kita hari ini.mungkin kita lambat,mungkin kita tertinggal gerabak keretapi.mungkin disebabkan 'kejadian-kejadian' itu,ada sesuatu yang Dia mahu kita ambil pelajarannya.kerana tahap penyerapan ruh kita tak mungkin sama dengan mereka yang lain.
semangat.kekuatan.keikhlasan.
lebih mudah menulis & berkata daripada beramal dengannya [sentap]
saya masih lagi si celapuk lama yang penuh dosa dan noda.masih lagi bertatih mengajar diri untuk benar-benar memaknai hidup dalam erti kata yang benar.masih lagi mengugut diri untuk berbuat sebanyak yang mampu.masih lagi memaksa-maksa diri untuk menghabiskan bahan bacaan yang ada.masih lagi perlu menepuk-nepuk dada untuk sabar dan kuat.masih lagi berkira-kira dan bermain tarik tali untuk cari ikhlas.masih banyak lagi ruang untuk dikoreksi diri.
Allah,saya hanyalah seorang hamba yang mahu kembali padaMu dalam keadaan yang paling Engkau redhai.saya hanyalah seorang manusia yang mungkin tak dipandang makhlukMu tapi saya memohon padaMu agar tak Kau palingkan kasih sayangMu atas sebab kedurhakaan saya yang disengajakan atau tidak.paling takut,bila saat saya sudah merasa cukup dengan apa yang telah saya lakukan.sedangkan,Engkau Maha Tahu segalanya tentangku.
Allah,
rahmatMu lebih ku harapkan daripada amalan-amalanku.
bahagian saya berusaha ke arah Dia.bahagian Dia,menemukan cinta saya inshaAllah :)
Tuhan benar-benar adil pada makhluknya.saya tak punya kakak atau adik perempuan untuk saya bercerita mengenai hidup,tentang fesyen,tentang stress belajar lambat faham.tapi Dia beri saya lebih daripada apa yang mampu saya bayangkan untuk jadi peneman menuju jalan lurus.
akhawat.
:)
jazakillah khayr untuk hadiah birthday yang 'luar biasa' ini :)